12 Julai 2014 - 12:06
Demonstrasi anti Israel di seluruh dunia

Protes kezaliman Israel berlangsung di seluruh dunia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Protes anti-Isael telah diadakan di beberapa kota di seluruh dunia setelah tercetusnya gelombang keganasan terbaharu Israel ke atas penduduk Palestin di semenanjung Gaza.

Pada hari Jumaat (semalam), demonstrasi aman telah diadakan di Jordan, Turki, Mesir, Lubnan, Yaman, Tunisa, Indonesia, Amerika, Perancis dan England.

Ibu kota Jordan, Amman bergema dengan laungan slogan anti Israel.

Penunjuk perasaan anti Israel juga dilaporkan telah berhimpun di hadapan kedutaan Israel di Turki.

Sementara itu sejumlah besar warga Indonesia dilaporkan berhimpun di Jakarta dengan laungan anti rejim Israel dengan merosakkan potret Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Warga Mesir turut mengutuk serangan bom ke atas Gaza di Kaherah.

Lebih dari 100 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan ganas rejim Israel sejak hari Selasa lalu manakala statistik menunjukkan lebih 160 orang terbunuh manakala 1200 yang lain cedera dalam serangan lapan hari Israel ke atas Gaza yang berakhir pada 21 November 2012.

Gaza telah dikepung sejak tahun 2007 sehingga menyebabkan kemerosotan kesejahteraan sosial, standard kehidupan, peningkatan pengangguran dan kemiskinan yang ketara. - Presstv